Tuesday, February 14, 2012

#8 Daylight, new stage

Sekarang, tarikh menunjukkan musim sejuk dah pun smpai ke penghujungnya. Suasana nampak lebih galak. Mungkin sebab waktu siang sekarang jadi lebih panjang. Kalau dulu, Waktu maghrib masuk pukul 430, sekarang dah bertukar kepada 515. dan dalam jam 545, masih lagi nampak warna langit yang masih biru bertukar kepada gelap. Ni petanda yg baik. Musim panas dah dekat. Alhamdulillah. Kalau dulu, teringin sangat nak merasa salji segala bagai. Tapi bila sendiri dapat rasa, perasaan seronok cuma sementara. Lama-kelamaan, rasa mengacau pula cuaca sejuk ni. X hairanlah kalau orang tempatan di sini sanggup pergi ke negara yang terletak di atas garisan equator semata-mata utk merasa suhu yg mencecah 30 darjah celsius. Beruntung jadi orang Malaysia.

Dalam kitaran kehidupan, kita akan selalu bergerak daripada satu stage, kepada stage yang lain. Sekolah rendah, menengah, pre-U, univ, kerja, keluarga, rumah orang tua(yang ni mungkin bukan). Dan sebelum kita betul2 kenal dengan stage yang lain, macam2 yang kita rasa tentang stage yang belum kita capai. Sekarang ni, musim mereka yang bound australia utk fly. Banyak lah post fb minta maaf, doakan kejayaan, dsb. Tipikal. Bukan nak kata salah. Cuma satu lumrah. Semua orang akan buat perkara yang sama. Cuma mungkin segelintir yang lain suka utk merahsiakan dunia mereka daripada fb yang terlalu public. kadang2, terpikir juga bila lah nak berakhir zaman ber-sosial network ni. Dalam satu sudut pandangan, laman virtual ni menampakkan satu kelemahan. tahniah marc zuckerberg atas invention ini (sarkasm?). 

Ketika masih asyik melelapkan mata di pagi hujung minggu, terdengar bunyi 'cling' sekalung kunci. Teringat zaman kanak2 dulu bila ibu dgn ayah pergi meinggalkan rumah untuk bekerja.  Pernah satu ketika, terkejar2 turun tangga ke bawah untuk berjumpa mereka sebelum mereka pergi. Hampa. Kereta yang sering mereka naiki baru sahaja meninggalkan halaman rumah. sedih rasanya.  just saying. 


0 comments:

Post a Comment